Cari @ Amanz

Selain daripada cip pemprosesan biasa, yang turut berada di pasaran pada hari ini adalah APU (Accelerated Processing Unit). APU adalah sistem pemprosesan yang menyertakan kebolehan pemprosesan tambahan selain CPU, iaitu termasuk GPU atau yang lain-lain. Salah satu APU daripada pengeluar pemprosesan AMD adalah AMD A10-5800K.

AMD A10-5800K

AMD A10-5800K
AMD Radeon Graphics HD 7660D
TDP 100W
Teras AMD Radeon 384
Kelajuan GPU 800MHz
Teras CPU 4
Kelajuan CPU (Turbo/Asas) 4.2GHz / 3.8GHz
Jumlah Cache 4MB
DDR3 Maksimum 1866

Dengan adanya APU seperti AMD A10-5800K ini, ia membolehkan pemprosesan perkomputeran yang lebih baik dihasilkan, dimana pemprosesan dan kelajuan penghantaran data yang lebih pantas, disamping pada masa yang sama mengurangkan penggunaan tenaga untuknya.

Untuk makluman, sebelum ini keluarga siri A ini dikenali dengan nama Fusion, sebelum kini dipanggil sebagai AMD Accerelated Processing Unit. Melalui AMD A10-5800K APU ini didatangkan bersama-sama sokongan Radeon HD Graphics, dimana ia menyokong kelajuan teras pemprosesan sehingga 4.2GHz melalui AMD Turbo (tanpa overclock).

AMD A10-5800K

Daripada segi penggunaan dan ujian kami, ia membolehkan pengguna menjalankan pelbagai tugasan perkomputeran, selain mana turut membolehkan para pengguna menikmati pelbagai aplikasi media dalam bentuk definisi tinggi. Cip pemprosesan AMD A10-5800K ini juga turut didatangkan dengan sokongan teknologi “AMD Eyefinity Technology” dimana melaluinya ia membolehkan pengguna menghubungkan komputer mereka kepada sehingga empat monitor, dan menggunakannya pada masa yang sama.

Perkara ini sekaligus menjadikan AMD A10-5800K amat berguna kepada mereka yang gemar menggunakan lebih daripada satu monitor untuk tugasan harian mereka. Cip pemprosesan ini juga kelihatan sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai bajet tinggi untuk sistem perkomputeran, tetapi ingin menikmati kualiti grafik yang baik.

Memandangkan pengguna bukan selalu membuat tugasan dengan kuasa pemprosesan yang tinggi, AMD turut sama menyertakan sebuah teknologi dinamakan sebagai AMD Turbo Core Technology 3.0, dimana ia membolehkan cip pemprosesan ini secara automatik mengoptimasikan penggunaan tenaga dan prestasi bergantung kepada aktiviti harian anda. Walaupun ia tidak memberikan kesan yang begitu tinggi kepada pengguna desktop, namun untuk pengguna komputer riba dan sebagainya, ia membolehkan pengguna menjimatkan penggunaan bateri, dan menggunakan komputer mereka untuk lebih lama lagi.

Dengan dunia hari ini yang memfokuskan kepada media dan juga aplikasi, AMD turut sama kelihatan memberikan perhatian untuknya dengan menyertakan beberapa perkara seperti AMD Accelerated Video Converter, AMD App Acceleration, dan juga AMD HD Media Accelerator, sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan pantas melaluinya.

Kesimpulan

Untuk mereka yang inginkannya untuk membuat tugasan harian, ia adalah salah satu cip pemprosesan yang amat baik, membolehkan pengguna menghubungkan sehingga 4 monitor, dan melakukan pelbagai tugasan serta menikmati media pada kualiti paparan tinggi.

Untuk mereka yang inginkannya untuk tujuan permainan video, ia membawakan kualiti grafik yang baik pada harganya. Seperti biasa, pengguna masih boleh menambah kad grafik tambahan, dan menikmati permainan kegemaran pada kualiti yang lebih tinggi. Namun, untuk mereka yang memainkan permainan video secara kasual, mungkin ini lebih dari memadai.

Kelebihan

  • Membolehkan pengguna menikmati kualiti grafik yang baik pada harga bajet.
  • Menyokong pelbagai permainan semasa, dan membolehkan pengguna menikmatinya pada kualiti paparan yang baik dengan tetapan sederhana.
  • Mengoptimasikan penggunaan tenaga, dan membolehkan melakukan pelbagai tugasan dengan kuasa pemprosesan padanya.

Kekurangan

  • Kadang-kala kipas mengeluarkan bunyi yang agak kuat, dan mungkin tidak disukai oleh sesetengah pengguna.
  • Tidak boleh bermain sesetengah permainan video pada spesifikasi paparan yang tinggi.
  • Menggunakan jenis soket baru – FM2

Perbandingan Model Cip AMD

Terima kasih Ikhsan dan APES untuk bantuan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd