Jikalau semalam kami melaporkan berkenaan dengan aplikasi Bola Kampung : RoboKicks untuk iOS, kini kelihatan Animasi Studio turut sama telah menerbitkan permainan mereka untuk para pengguna Android, dan sedia untuk dimuat-turun secara percuma daripada Google Play Store.
Seperti variasi iOS, ia membawakan watak-watak dari Bola Kampung : The Movie, dimana membawakan bentuk permainan gabungan 2D dan juga 3D. Melalui Bola Kampung : RoboKicks, pemain mengawal beberapa watak utama yang boleh berubah kepada robot dan membunuh musuh melalui gerakan mereka. Beberapa tahap disediakan, dengan jalan ceritanya tersendiri.
Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.