Represent.io Membolehkan Pengguna Hadir Dengan Resume Berasaskan Web Yang Ringkas Dan Minimalis

Represent.io Membolehkan Pengguna Hadir Dengan Resume Berasaskan Web Yang Ringkas Dan Minimalis

Diterbitkan pada Mac 10, 2013 oleh .

Dengan arena web yang dari hari ke hari menjadi nadi utama dalam pemilihan pekerja, beberapa perkhidmatan menyediakan kebolehan memaparkan resume, seperti LinkedIn dan lain-lain. Salah satu perkhidmatan ringkas yang memudahkan pengguna hadir dengan perkara serupa adalah Represent.io.

Represent.io

Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memaparkan beberapa data ringkas dalam bentuk yang kemas dan minimalis, sekaligus berkongsi pautan URL khas anda melalui emel, Twitter, Facebook dan sebagainya.

Sebaik sahaja log masuk ke Represent.io, pengguna akan dikehendaki memasukkan maklumat diri mereka secara manual, dimana dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti skill, pengalaman, pembelajaran, dan sebagainya.

Selesai sahaja memasukkan semua data, pengguna akan diberikan pilihan untuk memilih rekabentuk, dan kemudiannya akan diberikan sebuah URL ringkas untuk halaman resume anda.

Walaubagaimanapun, dari segi kekurangan, boleh dikatakan beberapa data tidak dapat disertakan, selain mana ia mungkin terlalu ringkas untuk dihantar terus kepada majikan dan sebagainya.

Apa pun, bagi mereka yang ingin mencuba, mungkin boleh melayari laman Represent.io hari ini.


TIPS & ULASAN