WhatsApp Untuk BlackBerry 10 Akan Hadir Pada Minggu Ini?

WhatsApp Untuk BlackBerry 10 Akan Hadir Pada Minggu Ini?

Diterbitkan pada Mac 10, 2013 oleh .

WhatsAppDalam pelbagai aplikasi mudah-alih, salah satu aplikasi utama yang digunakan ramai adalah WhatsApp, dan dinantikan ramai untuk platform BlackBerry 10. Mengikut laporan awal, ia dikatakan aplikasi tersebut mungkin akan hadir untuk pengguna BlackBerry 10 seawal minggu ini.

Untuk makluman, WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan secara meluas dikalangan pengguna pelbagai platform, termasuk Nokia Asha, Android, iOS, Windows Phone dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, pengguna BlackBerry 10 boleh menggunakan perkhidmatan WhatsApp dengan menggunakan beberapa alternatif, termasuk OpenWhatsApp dan juga menjalankan aplikasi WhatsApp versi Android pada peranti mereka.


TIPS & ULASAN