Cari @ Amanz

Kasut GoogleGoogle sering hadir dengan pelbagai idea “gila-gila” yang kreatif, dan pada tahun ini pada acara SXSW, Google memperlihatkan salah satu idea konsep mereka, iaitu sebuah kasut yang disambungkan ke internet dan boleh bercakap, selain berkongsi kemaskini terus ke laman sosial dalam bentuk masa-nyata.

Melalui konsep ini, ia menyertakan beberapa jenis pengesan, termasuk seperti pedometer, gyroscope dan sebagainya, dalam mengesan gerakan anda, serta ketahui sama ada anda sedang berdiri, berjalan, bersukan dan sebagainya.

Menariknya, kasut ini juga disertakan dengan nada sarkastik, dimana ia bercakap dan memberikan respon berdasarkan kepada gerakan dan aktiviti pengguna yang memakainya.

Walaupun ia mungkin tidak akan dipasarkan kepada umum, dan hanya sekadar konsep sahaja, namun daripada apa yang dipertontonkan oleh Google ini, ia memperlihatkan yang mana kelak mungkin beberapa peranti akan hadir dengan keupayaan mengemaskini laman sosial dan berkongsi aktiviti kita dalam bentuk masa-nyata, selain pada masa yang sama berinteraksi dengan penggunanya dalam nada pilihan para pengguna sendiri.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan kasut dengan keupayaan boleh bercakap daripada Google ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd