Cari @ Amanz

Pada minggu ini, semestinya ramai yang menantikan pelancaran Samsung Galaxy S4 pada hari Jumaat ini. Namun, ia tidak menghentikan pihak Samsung untuk melancarkan peranti terbaru mereka, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Pop.

Samsung Galaxy Pop

Samsung Galaxy Pop kelihatan seperti kemaskini kepada Galaxy Premier yang telah dijual di beberapa pasaran, tetapi membawakan penambahan dari segi spesifikasi. Samsung Galaxy Pop menyertakan cip pemprosesan empat-teras 1.4Ghz, skrin bersaiz 4.65-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadpaan 2-megapixel. Ia turut didatangkan bersama-sama sokongan NFC, serta bateri berkapasiti 2100mAh, dan menjalankan Android 4.1.2 Jelly Bean.

Buat masa ini, Samsung Galaxy Pop hanya dijual di Korea Selatan sahaja, dan masih tidak diketahui adakah ia akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd