Cari @ Amanz

OokBee merupakan salah satu penyedia platform eBook di Thailand, dan mereka turut sama menawarkan perkhidmatan mereka untuk para pengguna tempatan. Untuk makluman, sebelum ini, Karangkraf telah pun melancarkan aplikasi iOS dan Android untuk jualan majalah digital mereka, yang mana menggunakan platform daripada OokBee.

eMall - Karangkraf

Daripada apa yang laporan baru-baru ini, ia dikatakan terdapat lebih 100,000 pengguna di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan mereka pada hari ini. Walaupun tidak dinyatakan, berkemungkinan besar angka ini adalah majoritinya daripada angka pengguna eMall daripada Karangkraf.

Pihak OokBee turut sama berkongsi mengatakan terdapat lebih 40 majalah pilihan, dan 5,000 buku digital sedia dimuat-turun pengguna tempatan melalui platform mereka.

Pada masa yang sama, beberapa ura-ura mengatakan mereka turut akan mengumumkan kerjasama dengan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd