Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, Maxis telah memeterai perjanjian bersama pihak Astro, dan kini ia dilaporkan kedua-dua syarikat terkemuka di Malaysia ini bakal mengumumkan kerjasama dalam menawarkan kandungan video dan IPTV. Pengumuman daripada kedua-dua pihak dijangka akan diumumkan menjelang penghujung bulan ini.

Maxis - Astro IPTV

Pada bulan Januari yang lepas, pihak Maxis telah pun berkongsi mengatakan mereka bersama-sama Astro akan menawarkan beberapa kandungan secara eksklusif untuk pengguna Maxis Fiber yang turut melanggan perkhidmatan IPTV.

Maxis Home Fiber merupakan tawaran jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada Maxis, yang mana meliputi pelbagai kawasan, termasuk boleh digunakan oleh kawasan yang diliputi oleh UniFi pada hari ini.

Untuk Astro IPTV, hanya TIMEdotCom sahaja yang menawarkannya pada hari ini. Namun, pilihan lokasi masih terhad. Penambahan kerjasama dan tawaran melalui Maxis Home semestinya akan menguntungkan Astro IPTV, disamping pada masa yang sama memberikan saingan kepada Telekom Malaysia dengan perkhidmatan HyppTV mereka.

Sama-sama kita nantikan pengumuman pelan dan pakej daripada pihak Maxis dan Astro pada bulan ini berkenaan perkhidmatan IPTV ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd