Salah satu masalah yang sering dihadapi ramai adalah ketika mengira perbelanjaan perkahwinan, dimana kadang-kala kita tertinggal untuk mengira sesuatu kos dan sebagainya. Untuk memudahkan perkara ini, sebuah aplikasi berasaskan web hadir daripada salah seorang pembangun tempatan, dinamakan sebagai BajetKahwin.
Melalui BajetKahwin, ia membolehkan pengguna mengira ia berdasarkan dari segi pengantin lelaki ataupun perempuan, dan seterusnya boleh memasukkan beberapa data perbelanjaan untuk perkahwinan.
Sebaik sahaja pengguna memasukkan data berkenaan perbelanjaan perkahwinan mereka, ia akan mengira dan menjumlahkannya secara automatik, dan kemudian memaparkan jumlah keseluruhan untuk perbelanjaan.
Dari segi penggunaan, laman BajetKahwin juga turut dioptimasikan untuk penggunaan pada peranti pelbagai skrin, dan boleh digunakan tanpa masalah walaupun pada telefon pintar.
Bagi anda yang ingin berkahwin, ataupun dalam perancangan, mungkin boleh menyemak laman berkenaan, dan membantu anda dalam membuat persiapan.