BlackBerry Mengumumkan Kerjasama Dengan Gameloft – Menawarkan Dua Permainan Percuma Untuk BlackBerry 10

BlackBerry Mengumumkan Kerjasama Dengan Gameloft – Menawarkan Dua Permainan Percuma Untuk BlackBerry 10

Diterbitkan pada Mac 11, 2013 oleh .

BlackBerry nampaknya benar-benar berusaha dalam membawakan pelbagai aplikasi sedia ada dan baru pada platform mereka. Lanjutan daripada pengumuman kerjasama mereka dengan Gameloft, kini sebanyak 12 permainan telah disahkan untuk para pengguna BlackBery 10 buat masa ini.

Antara permainan yang akan disediakan oleh Gameloft pada BlackBerry World adalah termasuk The Dark Knight Rises, Asphalt 7 : Heat, Six Guns, UNO, The Amazing Spiderman, The Oregon Trail, Ice Age Village, NOVA 3, Modern Combat 4 : Zero Hour, Real Football 2013 dan juga Let’s Golf 2013.

Menariknya, bersama-sama dengan pengumuman kerjasama kedua-dua syarikat ini, BlackBerry Malaysia turut sama menawarkan dua permainan Gameloft secara percuma untuk pengguna tempatan. Dua permainan tersebut, iaitu NOVA 3 dan juga Asphalt 7 sdia untuk dimuat-turun secara percuma daripada BlackBerry World untuk waktu yang terhad ini.

Jadi, bagi anda pengguna peranti BlackBerry Z10, jangan tinggalkan peluang ini, dan dapatkan dua permainan popular pada peranti mudah-alih ini secara percuma pada peranti anda.


TIPS & ULASAN