Sokongan memuat-turun arkib Twitter sebelum ini hanya terhad kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut dalam bahasa Inggeris sahaja. Tetapi, hari ini ia berubah, dan turut ditawarkan dalam beberapa pilihan bahasa, termasuk bahasa Malaysia.
Melalui sokongan ini, ia membolehkan pengguna memuat-turun arkib Tweet mereka yang pernah dihantarkan dan dikongsikan melalui perkhidmatan tersebut, dan menyimpannya untuk diakses secara luar-talian.
Bagi pengguna Twitter yang berminat untuk memuat-turun arkib Tweet, anda boleh ke halaman tetapan Twitter, dan seterusnya memohon untuk memuat-turun arkib Tweet anda.