Pengasas YouTube Bakal Hadir Dengan Sebuah Perkhidmatan Memfokuskan Kandungan Video

Pengasas YouTube Bakal Hadir Dengan Sebuah Perkhidmatan Memfokuskan Kandungan Video

Diterbitkan pada Mac 12, 2013 oleh .

Chad HurleyLebih kurang hampir 7 tahun selepas Google membeli dan mengambil-alih YouTube, kini salah seorang pengasas YouTube, iaitu Chad Hurley mengatakan beliau akan hadir dengan sebuah perkhidmatan berasaskan kandungan video tidak lama lagi.

Buat masa ini, tidak begitu banyak maklumat berkaitan dengan perkhidmatan tersebut dikongsikan. Daripada salah satu sesi di SXSW 2013, Chad Hurlet mengatakan perkhidmatan baru kelak akan berasaskan video, dan memberikan para pengguna untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam hadir dengan kandungan video mereka.

Sekiranya semua berjalan lancar, maka mungkin kita akan dapat melihat perkhidmatan baru mereka ini seawal bulan hadapan.


TIPS & ULASAN