Prototaip iPhone Seawal 2005 Membawakan Skrin Bersaiz 5″x7″

Prototaip iPhone Seawal 2005 Membawakan Skrin Bersaiz 5″x7″

Diterbitkan pada Mac 12, 2013 oleh .

Sebelum ini, beberapa kali kita pernah melihat gambar prototaip awal iPhone tertiris ke arena web, dan hari ini kelihatan prototaip peranti tersebut seawal tahun 2005 mula kelihatan di arena web.

Protaip Awal iPhone (2005)

Prototaip awal ini membawakan skrin bersaiz hampir 5″x7″, dan setebal hampir 2-inci. Pada masa yang sama, ia turut menyertakan beberapa port seperti USB, dan juga Ethernet, serta menjalankan versi asas OS X pada ia.

Daripada gambar yang kelihatan, ia menunjukkan rekabentuk peranti yang lebih kepada sebuah tablet, berbanding apa yang kelihatan pada hari ini. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan Steve Jobs sendiri pernah mengatakan mereka pernah merancang untuk mengeluarkan iPad terlebih dahulu sebelum iPhone.

Ketika awal pembangunannya sendiri, Apple tidak mempunyai idea apakah masa-depannya kelak. Tetapi hari ini, iPhone merupakan salah satu peranti mudah-alih yang popular didunia, dan Apple sendiri merupakan salah satu syarikat gergasi teknologi yang terkemuka.


TIPS & ULASAN