Samsung Hadir Dengan Iklan Video Kedua Untuk Pelancaran Galaxy S4

Samsung Hadir Dengan Iklan Video Kedua Untuk Pelancaran Galaxy S4

Diterbitkan pada Mac 12, 2013 oleh .

Samsung UNPACKEDSamsung Galaxy S4 bakal dilancarkan pada penghujung minggu ini, dan lanjutan daripada iklan promosi sebelum ini, kini Samsung turut sama menerbitkan episod kedua iklan mereka, dan seperti biasa, masih tidak memperlihatkan sebarang peranti buat masa ini.

Melalui iklan terbaru ini, watak Jeremy Maxwell hadir dengan mengatakan yang mana peranti tersebut kelihatan cantik, serta menakjubkan. Ia turut dikatakan peranti tersebut hadir dengan warna kegemaran watak berkenaan.

Samsung Galaxy S4 bakal dilancarkan secara rasminya pada awal pagi Jumaat ini, 15 Mac 2013, dan semestinya ia merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN