Google hari ini, melalui halaman +GMail mengumumkan yang mana mereka telah pun mengemaskini rekabentuk antaramuka untuk GMail Mobile dan juga GMail Offline, sekaligus membawakan antaramuka menyerupai aplikasi iPhone dan iPad yang diperkenalkan pada bulan Disember lepas.
Rekabentuk baru ini boleh dilihat oleh semua pengguna apabila mereka mengakses perkhidmatan GMail melalui pelayar web mudah-alih mereka. Namun, ia hanya akan kelihatan apabila anda menggunakan peranti Android, iOS, dan BlackBerry sahaja, disamping turut disertakan pada GMail Offline (Chrome). Pengguna Windows Phone kelihatan tertinggal, dan masih dipaparkan dengan antaramuka lama buat masa ini.
Berama-sama dengan rekabentuk yang diberikan nafas baru, ia turut sama menyertakan sokongan carian yang ditambah-baik, disamping integrasi bersama-sama Google Calendar.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan rekabentuk yang diberikan nafas baru ini? Adakah anda mengemarinya? Ataupun adakah anda jarang mengakses GMail pada pelayar web mudah-alih?