LinkedIn Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-Alih Pulse

LinkedIn Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-Alih Pulse

Diterbitkan pada Mac 12, 2013 oleh .

Aplikasi Pulse merupakan salah satu aplikasi popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih, dimana ia memudahkan pengguna untuk mengikuti pelbagai kemaskini berita melaluinya. Kini, dilaporkan LinkedIn berminat untuk mengambil-alih perkhidmatan tersebut.

Pulse

Pulse pada hari ini tersedia untuk pelbagai platform mudah-alih, disamping versi webnya yang amat menarik dan memudahkan pembacaan. Ia dilaporkan perkhidmatan Pulse mempunyai lebih kurang 20 juta orang pengguna, dengan lebih 10 juta artikel dibaca melaluinya setiap hari.

Ia diperkatakan harga pengambil-alihan berkemungkinan antara $50 juga ke $100 juta. Selain daripada LinkedIn, antara syarikat lain yang turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Pulse adalah Microsoft dan juga Yahoo!

Dengan dunia web yang semakin berkembang setiap hari, bilangan kandungan yang terhasil di web juga amat banyak. Pulse merupakan salah satu aplikasi yang amat berguna dalam memudahkan pengguna mengikuti pelbagai berita mengikut kategori pilihan mereka, dan dari sumber-sumber yang ditetapkan pengguna.

Buat masa ini, perkhidmatan seumpama Pulse yang turut boleh dikatakan popular adalah Flipboard yang disediakan untuk Android dan juga iOS.


TIPS & ULASAN