LG Optimus G Mula Ditawarkan Pada Harga RM1799 Di Malaysia

LG Optimus G Mula Ditawarkan Pada Harga RM1799 Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 12, 2013 oleh .

LG Optimus G merupakan salah satu peranti yang dinantikan beberapa peminat tempatan. Sementara pihak LG hanya mengatakan peranti ini akan dilancarkan dalam waktu terdekat, beberapa penjual peranti telah mula menawarkannya di Malaysia, dimana ia ditawarkan pada harga RM1799.

LG Optimus G

Dari segi spesfikasi, LG Optimus G membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 768×1280 pixel, memori 2GB RAM, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, ruangan storan sebesar 32GB, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan bateri berkapasiti 2100mAh.

Peranti ini dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich dan dikatakan boleh dikemaskini kepada Android 4.1.2 Jelly Bean. LG sendiri menyertakan antaramuka khas pada peranti ini, dan turut menyertakan beberapa fungsi tambahan melaluinya.

Jadi, pada harga RM1799, adakah peranti ini berbaloi, ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN