Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi yang dinantikan para pengguna Windows Phone adalah Instagram. Walaupun pihak Nokia kelihatan membuat pelbagai promosi untuk membawanya ke platform tersebut, tetapi tiada sebarang info yang dikongsikan pembangun Instagram sehingga hari ini.

Instagram - Windows Phone Store

Namun, ia tidak menghentikan pelbagai spekulasi berkaitan dengannya hadir, dan terkini, sebuah paparan halaman di Windows Phone Store hadir, memperlihatkan penyenaraian aplikasi Instagram.

Walaubagaimanapun, kesahihan gambar yang mula tersebar di arena internet ini masih tidak diketahui, dan ramai mengatakannya berkemungkinan besar adalah palsu dan bukannya benar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd