BlackBerry Membawa Sokongan BBM Voice Untuk Peranti BlackBerry OS 5

BlackBerry Membawa Sokongan BBM Voice Untuk Peranti BlackBerry OS 5

Diterbitkan pada Mac 12, 2013 oleh .

BBMSetelah memperkenalkan perkhidmatan panggilan suara melalui BBM Voice untuk peranti yang menjalankan BlackBerry OS 7 dan 6 sebelum ini, kini pihak BlackBerry terus memperluaskan sokongannya, dengan turut sama menyokong peranti yang menjalankan BlackBerry OS 5.

Pengumuman ini juga turut sama membolehkan para pengguna peranti BlackBerry lama terus berhubung dengan rakan-rakan mereka, dan terus aktif didalam komuniti BlackBerry.

BBM Voice merupakan perkhidmatan tambahan untuk BBM, membolehkan pengguna membuat panggilan suara secara percuma dikalangan rakan-rakan yang menggunakan BBM. Namun, untuk menggunakannya, pengguna perlu menghubungkan peranti mereka melalui WiFi terlebih dahulu, supaya dapat menikmati panggilan suara pada kualiti yang baik.

Bagi pengguna BlackBerrry OS 5, anda boleh mengemaskini aplikasi BBM hari ini, dan menikmati sokongan panggilan suara melalui BBM Voice.


TIPS & ULASAN