“Samsung Galaxy S4” Mula Kelihatan Dalam Video

“Samsung Galaxy S4” Mula Kelihatan Dalam Video

Diterbitkan pada Mac 12, 2013 oleh .

Adakah ini rupa sebenar Samsung Galaxy S4 yang cukup dinantikan pengguna peranti Android? Seperti gambar teaser yang dipertontonkan Samsung semalam, peranti di dalam video ini mempunyai bentuk yang seakan sama. Tiada perubahan besar kelihatan pada antaramuka Touchwiz di dalam video di bawah.

Ketika menantikan pelancaran Galaxy S3 pada tahun lepas, beberapa peranti turut hadir dimana pada akhirnya ketika pelancaran rekabentuknya jauh berbeza. Sama seperti sebelum ini, berkemungkinan besar, ini hanya rekabentuk prototaip awal, dan bukannya versi akhir.

Apa pun, apakah pendapat anda tentang rekabentuk Samsung Galaxy S4 sekiranya seperti apa yang diperlihatkan ini? Adakah pengitaran semula rekabentuk S3 membuatkan anda kurang berminat untuk memiliki peranti yang dilaporkan mempunyai pemproses 8 teras ini?

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Samsung pada hari Jumaat ini.


TIPS & ULASAN