Sokongan Google Now Kelihatan Pada Versi Pembangunan Chromium Untuk Windows

Sokongan Google Now Kelihatan Pada Versi Pembangunan Chromium Untuk Windows

Diterbitkan pada Mac 12, 2013 oleh .

Sokongan Google Now pada pelayar web Google telah diperkatakan sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini melalui versi pembangunan Chromium, sokongannya mula disenaraikan pada halaman chrome://flags, sekaligus memperlihatkan ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, sokongan Google Now ini tidak boleh digunakan lagi memandangkan URL untuk pelayan Google Now tidak dinyatakan pada pelayar web berkenaan.

Berkemungkinan kelak kita akan dapat melihat sokongan ini hadir pada Chrome untuk Windows dan juga ChromeOS tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN