Dropbox Mengemaskini Klien Desktop – Memudahkan Lagi Perkongsian

Dropbox Mengemaskini Klien Desktop – Memudahkan Lagi Perkongsian

Diterbitkan pada Mac 13, 2013 oleh .

Dropbox merupakan salah satu perkhidmatan storan awan yang sedia popular dikalangan ramai pengguna, sama ada desktop ataupun peranti mudah-alih. Hari ini, Dropbox mengumumkan kemaskini klien desktop mereka, sekaligus membawakan pelbagai penambahan bersama-sama dengannya.

Klien Dropbox Windows

Bersama-sama dengan kemaskini ini, Dropbox membolehkan pengguna berkongsi sesuatu fail dengan lebih pantas lagi, selain panel notifikasi yang diberikan nafas baru dengan pelbagai notifikasi yang boleh diuruskan terus melalui panelnya.

Kini, melalui panel notifikasi, pengguna bukan sahaja boleh melihat perubahan pada dokumen, tetapi turut sama boleh melihat aktiviti perkongsian rakan dengan anda, disamping turut berkongsi sesuatu fail atau dokumen terus melaluinya.

Selain daripada desktop, Dropbox juga turut sama membawakan sokongan notifikasi untuk perkongsian ini kepada peranti mudah-alih, melalui aplikasi iOS dan Android yang dikemaskini.

Jadi, bagi anda yang menggunakan klien Dropbox pada desktop, mungkin boleh mengemaskini pemasangan anda, dan menikmati fungsi-fungsi baru yang dibawakan ini.


TIPS & ULASAN