ImmersiveTaille Membolehkan Anda Mengintegrasi Skrin Start Windows 8 Pada Bahagian Desktop

ImmersiveTaille Membolehkan Anda Mengintegrasi Skrin Start Windows 8 Pada Bahagian Desktop

Diterbitkan pada Mac 13, 2013 oleh .

Sebelum ini, kami pernah berkongsi berkenaan dengan ModernMix, yang membolehkan anda menjalankan aplikasi Metro dalam tetingkapnya tersendiri di desktop. Namun, untuk mengakses aplikasi Metro mungkin sukar sekiranya anda pin pada StartScreen, dan memerlukan anda ke halaman tersebut untuk membuka dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah ini, salah satu aplikasi percuma yang boleh digunakan oleh para pengguna adalah ImmersiveTaille.

Immersive Taille

ImmersiveTaille membolehkan para pengguna untuk mengintegrasikan skrin Start dalam bentuk Metro yang dibawakan oleh Windows 8, terus pada bahagian desktop. Dengannya, sekiranya anda menekan butang “Start” pada papan kekunci, maka ia akan membukanya pada bahagian bawah, atas, kiri atau kanan mengikut tetapan pengguna, dan sekaligus membolehkan anda mentatal dan membuka aplikasi yang diingini.

Dari penggunaan kami, ia kelihatan perisian ini mungkin berguna bagi mereka yang menggunakan Windows 8 pada skrin monitor bersaiz besar, sekaligus memudahkan lagi anda mengakses aplikasi yang terpasang pada Windows 8.

Bagi anda yang menjalankan Windows 8 (32-bit atau 64-bit), boleh memuat-turun perisian ImmersiveTaille secara percuma dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun ImmersiveTaille untuk Windows 8


TIPS & ULASAN