Prezi Kini Membolehkan Pengguna Menambah Audio Pada Fail Pembentangan

Prezi Kini Membolehkan Pengguna Menambah Audio Pada Fail Pembentangan

Diterbitkan pada Mac 13, 2013 oleh .

preziPrezi merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna hadir dengan pelbagai rekabentuk dan susun-atur yang menarik untuk persembahan dan pembentangan. Kini, melalui kemaskini yang diperkenalkan pada laman mereka, Prezi turut sama membawakan salah satu sokongan yang dinantikan ramai, iaitu penambahan audio.

Melalui sokongan baru ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menambah fail berbentuk muzik, bunyi efek, ataupun testimonial dalam bentuk audio terus padanya. Sokongan merakamkan audio melalui mikrofon masih tidak disertakan buat masa ini.

Prezi mengatakan mereka mempunyai lebih 20 juta pengguna pada hari ini, dan digunakan oleh pelbagai syarikat besar untuk tujuan persembahan dan pembentangan.

Selain Prezi, sekiranya anda mempunyai pengetahuan dalam HTML dan CSS3, mungkin boleh menyemak Impress.js, dan menggunakannya dalam pembentangan anda.


TIPS & ULASAN