Google Memperkenalkan Halaman Khas Untuk Membantu Pentadbir Dan Pemilik Web Yang Digodam

Google Memperkenalkan Halaman Khas Untuk Membantu Pentadbir Dan Pemilik Web Yang Digodam

Diterbitkan pada Mac 13, 2013 oleh .

Apa yang menjadi igauan ramai pemilik dan pentadbir web ataupun blog adalah apabila laman mereka digodam, sekaligus memberikan kesan yang amat besar kepada mereka. Untuk membantu mengatasi masalah pengodaman, kini Google menyediakan sebuah halaman dan siri tutorial khas, untuk mengelak dan mendapatkan kembali laman yang telah digodam itu.

Menariknya mengenai siri tutorial daripada Google ini, ia bukan sahaja boleh dipelajari oleh pengguna teknikal, tetapi turut sama boleh difahami oleh pengguna biasa dalam mengelakkan blog dan laman peribadi mereka digodam dan sebagainya.

Dalam siri video hampir 80 minit ini, Google turut sama menyediakan tutorial khas berkenaan dengan bagaimana untuk membuang amaran di Google Search untuk sesuatu laman, serta berkongsi beberapa panduan yang lain.

Akhir-akhir ini, boleh dikatakan pelbagai laman digodam dari hari ke hari, dan mungkin dengan adanya panduan ringkas daripada Google ini, ia dapat mengurangkan kadar tersebut, serta memudahkan pemilik laman mendapatkan kembali laman yang telah digodam.

Ikuti Siri Tutorial Di Google Webmaster


TIPS & ULASAN