Gambar Dan Video Telefon Misteri Daripada Motorola Tertiris Ke Arena Web

Gambar Dan Video Telefon Misteri Daripada Motorola Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Mac 13, 2013 oleh .

Ura-ura berkenaan dengan telefon Motorola X telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas. Walaupun tidak pasti sama ada ini adalah peranti berkenaan, kini, gambar dan video peranti yang dikenali dengan nama Motorola XT912A mula kelihatan di arena web.

Telefon Misteri Motorola

Telefon Misteri Motorola

Daripada apa yang diketahui, peranti ini membawakan skrin bersaiz 4.65-inci dengan paparan 720p, kamera sekitar 8-megapixel, serta dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon S4 Pro serta memori sebanyak 2GB RAM.

Sama seperti beberapa peranti Motorola sebelum ini, ia tidak membawakan perubahan drastik pada antaramuka, dan peranti Motorola XT912A ini dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean.

Ia tidak diketahui bilakah peranti ini akan diumumkan. Walaupun ia diumumkan, ia masih tidak diketahui sama ada peranti Motorola ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun tidak, memandangkan beberapa peranti Motorola sebelum ini masih tidak dilancarkan di Malaysia secara rasminya sehingga hari ini.


TIPS & ULASAN