Cari @ Amanz

MOLMOL, selain memilik Friendster, mereka turut sama terkenal kerana memiliki perkhidmatan pembayaran mudah-alih popular. Hari ini, MOL terus memperluaskan kedudukan mereka dalam industri tersebut, dengan membuat pelaburan majoriti di dalam syarikat Game Sultan dan juga PayToGo.

PayToGo merupakan salah satu perkhidmatan pembayaran mudah-alih dan merupakan sistem pembayaran alternatif popular di Turki pada hari ini. Game Sultan pula merupakan penyedia perkhidmatan pembayaran dalam permainan, dan menggunakan wang maya dipanggil G-Cash untuk tujuan pembelian dalam permainan dan sebagainya.

Dengan pelaburan pihak MOL pada kedua-dua syarikat ini, kini MOL memegang pegangan sebanyak 70%, serta pada masa yang sama membolehkan mereka memasuki pasaran Eropah, Asia Tengah dan juga Afrika Utara. Termasuk Turki, kini MOL meliputi 11 buah negara, dan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran e-dagang dan sistem pembayaran mudah-alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd