Carian
Google Membolehkan Pengguna Menterjemah Huraian Aplikasi Di Google Play
March 13, 2013 Aman

Ia tidak diketahui sejak bila, tetapi kelihatan untuk beberapa aplikasi di Google Play (versi Web), Google turut sama menyediakan sokongan terjemahan, membolehkan para pengguna menterjemah butiran dan huraian sesuatu aplikasi ke bahasa tetapan akaun mereka.

Seperti semua sedia maklum, Google menggunakan sokongan Google Translate dalam menjayakannya, membolehkan pengguna menterjemah dan memahami huraian aplikasi dengan lebih mudah.

Kami masih tidak ketahui lagi adakah ia telah diperkenalkan secara rasmi kepada semua ataupun sebaliknya, memandangkan hanya sesetengah aplikasi sahaja yang memaparkannya, dan bukannya semua aplikasi di Google Play Store.

Jadi, sekiranya anda merupakan pengguna aktif Google Play Store, adakah anda juga pernah terperasan sokongan ini ataupun sebaliknya?

Komen