Samsung Galaxy S4 Dilaporkan Dilengkapi Skrin Bersaiz 5-inci Dengan Kamera 13-megapixel

Samsung Galaxy S4 Dilaporkan Dilengkapi Skrin Bersaiz 5-inci Dengan Kamera 13-megapixel

Diterbitkan pada Mac 13, 2013 oleh .

Samsung bakal melancarkan Galaxy S4 pada awal pagi Jumaat ini, dan semestinya pelbagai ura-ura dan desas-desus telah kedengaran berkenaan dengannya sejak sebelum ini, termasuk hari ini Bloomberg berkongsi beberapa maklumat mengenainya.

Daripada laporan pihak Bloomberg, ia dikatakan peranti terbaru daripada Samsung ini akan membawakan skrin bersaiz 5-inci, selain dijana menggunakan cip pemprosesan lapan teras “octacore” daripada Samsung sendiri. Selain itu, peranti ini juga dijangka akan membawakan kamera 13-megapixel, dengan kebolehan merakamkan gambar yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Dari segi fungsi tambahan, selain daripada menggunakan Android, ia turut dikatakan Samsung Galaxy S4 akan menyertakan sokongan pengesan mata, dimana membawakan beberapa fungsi menarik melaluinya, termasuk berhenti memainkan video apabila pengguna mengalihkan mata daripada skrin.

Berkemungkinan dengan trend semasa pada hari ini, kita juga akan dapat melihat sokongan skrin dengan paparan HD penuh, selain sokongan rangkaian LTE disertakan bersama-sama dengan peranti tersebut.


TIPS & ULASAN