Cari @ Amanz

eSentral SingapuraSelain daripada OokBee yang terus mengukuhkan kedudukan dalam arena buku digital, salah satu perkhidmatan tempatan dengan konsep sama adalah e-Sentral. Setelah menyediakan perkhidmatan mereka di Malaysia, kini kelihatan mereka dalam persiapan untuk melancarkan versi Singapura secara rasmi pada minggu hadapan.

E-Sentral merupakan salah satu platform untuk para penerbit buku untuk menerbitkan buku dalam bentuk digital, dan menawarkannya kepada para pembeli. Buat masa ini, mereka menyediakan aplikasi iOS dan Android untuk memudahkan pembacaan, disamping turut menyediakan versi web, untuk membolehkan pengguna membaca buku yang dibeli terus pada pelayar web mereka.

Selain daripada versi Singapura, melalui halaman Facebook pihak E-Sentral juga turut kelihatan adalah dimana mereka turut sama dalam proses persediaan untuk melancarkan versi Indonesia tidak lama lagi.

Daripada apa yang kelihatan buat masa ini, kebanyakkan buku-buku yang dipaparkan adalah serupa untuk pelbagai negara, sementara untuk Singapura ia menggunakan mata wang SGD, dan untuk Indonesia pula kelihatan menggunakan mata wang USD. Buat masa ini, tidak diketahui lagi bilakah versi Indonesia akan dilancarkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd