Tiket Pendaftaran Google I/O 2013 Habis Dijual Dalam Masa 49 Minit

Tiket Pendaftaran Google I/O 2013 Habis Dijual Dalam Masa 49 Minit

Diterbitkan pada Mac 13, 2013 oleh .

Google I./O 2013Jikalau pada tahun lepas, masa yang diambil untuk tiket Google I/O 2012 habis dijual adalah sekitar 20 minit, untuk tahun ini pula, ia kelihatan tiket Google I/O mengambil masa sedikit lama, iaitu sekitar 49 minit untuk habis dijual.

Masa yang lama diambil, boleh dikatakan adalah disebabkan sistem pendaftaran yang kelihatan agak menyukarkany. Beberapa pengguna kecewa dengannya, dimana walaupun mereka berjaya mendapatkan tiket, tetapi gagal apabila mengakses halaman Google Wallet.

Perkara seperti ini adalah sesuatu yang dijangka, apatah lagi ribuan pengguna membuat pendaftaran pada masa yang sama, dalam usaha untuk mendapatkan tiket akses kepada acara tahunan Google.

Google I/O merupakan acara tahunan Google, dimana ia memfokuskan kepada para pembangun, selain mana pada masa yang sama, Google juga bakal memperkenalkan beberapa perkara baru pada acara tersebut.

Dengan Android dan Google Chrome yang semakin meluas digunakan oleh lebih ramai pengguna seluruh dunia, minat pembangun untuk membangunkan aplikasi untuknya turut sama meningkat, menjadikan permintaan tiket untuk Google I/O semakin tinggi dari tahun ke tahun.


TIPS & ULASAN