Sundar Pichai Menggantikan Andy Rubin Sebagai Ketua Android Di Google

Sundar Pichai Menggantikan Andy Rubin Sebagai Ketua Android Di Google

Diterbitkan pada Mac 14, 2013 oleh .

Android telah melalui pelbagai fasa pembangunan sejak beberapa tahun yang lepas, dimana segalanya telah dimulakan oleh Andy Rubin. Hari ini, terdapat lebih 750 juta peranti Android yang telah diaktifkan diseluruh dunia, selain 25 bilion aplikasi yang telah dimuat-turun dari Google Play.

Andy - Vic - Sundar

Melalui blog rasmi Google hari ini, ia diumumkan yang mana Andy Rubin akan beralih kepada tugas baru didalam Google, sementara projek Android akan diketuai oleh Sundar Pichai.

Sundar Pichai sebelum ini telah mengetuai pembangunan Chrome, dimana hari ini ia bukan sekadar pelayar web sahaja, malah terdapat sistem operasi berasaskannya – ChromeOS. Sundar juga dikatakan adalah antara yang telah menyertai pembangunan Google Drive, GMail, Google Maps dan sebagainya.

Daripada spekulasi awal juga, ia kelihatan berkemungkinan Google akan menyelarikan penggunaan platform antara Chrome dan juga Android. Untuk makluman, integrasi Google Now telah pun mula kelihatan, disamping perkara seperti panel khas untuk aplikasi dan sebagainya telah kelihatan pada versi pembangunan Chrome sebelum ini.

Selain daripada apakah yang bakal dibawakan oleh Android, semestinya salah satu perkara yang dinantikan adalah apakah produk rahsia yang bakal dibangunkan oleh Andy Rubin selepas ini.


TIPS & ULASAN