Cari @ Amanz

Twitter MusicTwitter sebelum ini telah pun melancarkan aplikasi berasingan, Vine untuk iOS, dan kini ia dilaporkan Twitter turut sama bakal melancarkan sebuah aplikasi khas memfokuskan kepada lagu dan muzik, melalui aplikasi khas dinamakan sebagai Twitter Music.

Aplikasi baru ini dijangka akan diperkenalkan untuk para pengguna iOS sebelum penghujung bulan ini. Menariknya, berbeza dengan Vine, aplikasi baru ini dilihat menggunakan penjenamaan Twitter pada ia.

Twitter Music dikatakan akan mencadangkan pelbagai lagu dan artis untuk didengari berdasarkan pelbagai perkara, termasuk salah satunya adalah berdasarkan kepada siapa yang anda ikuti di Twitter. Aplikasi ini dikatakan akan menggunakan SoundCloud untuk memainkan muzik kepada pengguna.

Pada aplikasi Twitter Music ini juga dikatakan akan disediakan sebanyak empat tab utama, dimana “Suggested” yang akan memperlihatkan lagu-lagu dan artis yang dicadangkan mengikut siapa yang anda ikuti di Twitter. Selain itu, tab #NowPlaying pula akan memperlihatkan pautan kepada lagu-lagu yang sedang didengari oleh rakan-rakan anda. Dua lagi tab adalah “Popular” memperlihatkan lagu-lagu yang sedang popular, dan juga “”Emerging” yang menunjukkan artis-artis yang sedang meningkat naik.

Teknologi disebalik Twitter Music ini dikatakan dikuasakan oleh We Are Hunted yang diambil-alih oleh pihak Twitter lebih kurang enam bulan yang lepas.

Dengan penyertaan ke arena muzik, semestinya ia mengukuhkan lagi kedudukan pihak Twitter, selain daripada sokongan perkongsian gambar yang menarik, dan video melalui Vine.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd