Facebook Mengemaskini Rekabentuk Timeline – Akan Diperkenalkan Secara Berperingkat

Facebook Mengemaskini Rekabentuk Timeline – Akan Diperkenalkan Secara Berperingkat

Diterbitkan pada Mac 14, 2013 oleh .

Ingatkan lagi dimana beberapa minggu yang lepas kami pernah berkongsi akan mengenai rekabentuk Timeline baru yang diuji pihak Facebook. Nampaknya, kini ia telah disahkan yang mana Facebook akan mula memperkenalkan rekabentuk baru tersebut kepada semua pengguna.

Melalui rekabentuk Timeline yang baru, ia membawakan halaman khas untuk memudahkan pengguna mengikuti kegemaran mereka, disamping pada masa yang sama, membawakan halaman profil yang lebih tersusun berbanding sebelumnya.

Melalui rekabentuk profil baru ini, ia membolehkan pengguna mengikuti segala kemaskini pada bahagian kanan, manakala beberapa perkara berkaitan pengguna seperti gambar dan sebagainya dipaparkan pada bahagian kiri.

Perubahan kepada rekabentuk Timeline baru ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam minggu-minggu akan datang.

Lagi : Facebook Memperkenalkan NewsFeed Baru


TIPS & ULASAN