Ubuntu GNOME Kini Disahkan Sebagai Variasi Ubuntu Yang Rasmi

Ubuntu GNOME Kini Disahkan Sebagai Variasi Ubuntu Yang Rasmi

Diterbitkan pada Mac 14, 2013 oleh .

Ubuntu GNOMEUbuntu sedia mempunyai beberapa variasi jenis distro mereka, seperti Kubuntu, Edubuntu, Xubuntu dan beberapa yang lain. Hari ini, menyertai barisan variasi rasmi daripada Ubuntu adalah Ubuntu GNOME, sekaligus bakal menyertai jadual pelepasan rasmi untuk versi 13.04 kelak.

Ubuntu GNOME adalah salah satu variasi daripada sistem operasi popular Ubuntu, yang mana membawakan pengalaman penggunaan GNOME asli pada ia. Versi pertama yang dilancarkan adalah Ubuntu GNOME 12.10, dan sejak daripada itu, permintaan untuknya yang tinggi membolehkan mereka menyertai variasi rasmi daripada Ubuntu.

Ubuntu GNOME 13.04 kini dalam pembangunan, dan versi akhirnya akan dilancarkan selari dengan pelbagai variasi lain pada bulan April ini. Namun, memandangkan pengumuman berkaitannya baru sahaja diumumkan, maka Ubuntu GNOME akan terlepas pelancaran versi beta pertama pada minggu ini, selain versi akhirnya akan menggunakan GNOME 3.6 sahaja.

Kemaskini untuk GNOME 3.8 akan diperkenalkan melalui gnome3-team PPA.


TIPS & ULASAN