Projek Baru Dibawah Google X Akan Diumumkan Dalam Tempoh Lebih Kurang Sebulan?

Projek Baru Dibawah Google X Akan Diumumkan Dalam Tempoh Lebih Kurang Sebulan?

Diterbitkan pada Mac 14, 2013 oleh .

Google XGoogle X merupakan salah satu kumpulan pembangun didalam syarikat internet gergasi Google, yang sering hadir dengan pelbagai teknologi yang membawa revolusi baru. Terkini, ia dikatakan salah satu projek baru daripada Google X akan diperkenalkan dalam tempoh lebih kurang sebulan.

Google X sebelum ini telah memperkenalkan beberapa projek yang menarik perhatian ramai pihak. Antara yang popular adalah termasuk kereta yang dipandu secara automatik, dan juga Google Glass.

Kedua-duanya membawakan inovasi baru dalam dunia teknologi, disamping pada masa yang sama membolehkan ia digunakan dalam memudahkan hidup manusia.

Kini, melalui projek terbaru yang bakal diperkenalkan itu, masih tiada banyak maklumat yang diketahui. Apa yang dikatakan adalah ia akan memfokuskan kepada “sistem kawalan”.

Pada tahun lepas, pengumuman Google Glass telah dilabelkan sebagai inovasi teknologi tahunan, dan mungkinkah projek terbaru daripada Google X yang bakal diumumkan ini turut sama menyertai projek-projek popular Google yang lain?


TIPS & ULASAN