Terdapat pelbagai laman yang menyediakan kemudahan untuk memuat-turun gambar latar untuk desktop, dan salah satu sumber popular diarena web adalah daripada Reddit sendiri, dimana pelbagai gambar latar desktop dikongsikan pada setiap hari.
Memandangkan semua gambar disediakan secara percuma, pengguna semestinya boleh menyimpan gambar pada komputer mereka, dan seterusnya menetapkan ia sebagai gambar latar desktop mereka. Namun, perkara ini mungkin akan mengambil beberapa langkah, yang mungkin tidak selesa untuk dilakukan selalu.
Untuk memudahkan proses menggunakan gambar latar terkini daripada Reddit terus pada komputer Windows anda, salah satu aplikasi yang memudahkannya adalah Reddit Waller.
Melalui Reddit Waller, pengguna hanya perlu menetapkan subreddit untuk sumber gambar latar, dan seterusnya menetapkan masa untuk mengubah gambar latar desktop anda.
Dari penggunaan kami, ia berfungsi dengan lancar, dan amat mudah dikendalikan. Namun, salah satu masalah yang timbul adalah dimana pengguna tidak boleh menetapkan resolusi gambar yang dikehendaki mereka.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Reddit Waller ini secara percuma, dan menggunakannya pada komputer Windows anda.
- Muat-Turun Reddit Waller Untuk Windows