Google Reader Akan Dimatikan Pada 1 Julai 2013

Google Reader Akan Dimatikan Pada 1 Julai 2013

Diterbitkan pada Mac 14, 2013 oleh .

Google ReaderDalam pelbagai perkhidmatan Google, salah satu yang popular adalah Google Reader. Namun, nampaknya kini pihak Google beralih arah, dan mengumumkan mereka akan mematikan Google Reader pada 1 Julai 2013 kelak.

Google Reader sebelum ini telah dilancarkan pada tahun 2005, dimana digunakan ramai untuk tujuan memudahkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini melalui RSS.

Perkara ini semestinya tidak digemari ramai pengguna, apatah lagi yang masih aktif menggunakan perkhidmatan tersebut.

Buat masa ini, mungkin sebagai alternatif, pengguna boleh mendapatkan Google Currents ataupun perkhidmatan lain dengan sokongan serupa. Pihak Google mengatakan mereka akan membolehkan pengguna memuat-turun data mereka daripada Google Takeout tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN