Aplikasi WhatsApp Untuk BlackBerry 10 Dilancarkan

Aplikasi WhatsApp Untuk BlackBerry 10 Dilancarkan

Diterbitkan pada Mac 14, 2013 oleh .

Akhirnya, seperti yang dinantikan, kini pihak pembangun WhatsApp telah pun melancarkan aplikasi WhatsApp untuk BlackBerry 10, sekaligus memudahkan pengguna mengikuti perkhidmatan WhatsApp melalui aplikasi rasmi mereka.

WhatsApp BlackBerry 10

Sebelum ini, terdapat beberapa cara untuk menggunakan perkhidmatan WhatsApp, termasuk dengan menjalankan aplikasi Android pada BlackBerry 10, ataupun menggunakan OpenWhatsApp pada peranti masing-masing.

Melalui aplikasi WhatsApp untuk BlackBerry 10, ia membawakan rekabentuk yang dioptimasikan untuk platform BlackBerry 10, selain seperti biasa membolehkan pengguna sync senarai rakan-rakan daripada SIM terus ke WhatsApp.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi WhatsApp terus daripada BlackBerry World hari ini, dan terus berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka melaluinya.

Muat-Turun WhatsApp untuk BlackBerry 10


TIPS & ULASAN