Beberapa Lagi Gambar “Samsung Galaxy S4” Tertiris

Beberapa Lagi Gambar “Samsung Galaxy S4” Tertiris

Diterbitkan pada Mac 14, 2013 oleh .

Beberapa hari yang lalu video yang memaparkan sebuah “Samsung Galaxy S4” tertiris ke internet. Hari ini beberapa lagi gambar peranti yang dikatakan Samsung Galaxy S4 tertiris ke internet. Ia kelihatan seperti model untuk pasaran China kerana kewujudan 2 slot sim. Dari segi rupa fizikal ianya mempunyai banyak persamaan dengan gambar peranti di dalam video tempohari dan juga gambar teaser yang dikeluarkan oleh Samsung untuk acara Next Big Thing mereka awal pagi esok.

Jika ini benar-benar rupa Samsung Galaxy S4, nampaknya Samsung seperti Apple mengekalkan rupa peranti lama mereka untuk peranti baru. Tiada perubahan drastik dapat dilihat. Adakah anda masih teruja dengan peranti ini?

Apa pun, seperti semua sedia maklum, pelbagai gambar tertiris ke arena web sebelum pelancaran Galayx S3 pada tahun lepas, tetapi peranti akhir yang dilancarkan adalah jauh berbeza. Adakah perkara tersebut akan berulang pada tahun ini?


TIPS & ULASAN