Permainan The Croods Dilancarkan Oleh Rovio Untuk Android Dan iOS

Permainan The Croods Dilancarkan Oleh Rovio Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 14, 2013 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, hari ini, Rovio yang sebelum ini hadir dengan permainan popular Angry Birds, telah pun melancarkan aplikasi permainan terbaru mereka, dinamakan sebagai The Croods. Permainan terbaru ini kini sedia untuk dimainkan oleh para pengguna Android dan juga iOS.

The Croods

Permainan ini adalah bersempena dengan filem animasi terbaru daripada DreamWorks yang menggunakan nama sama, dan akan mula ditayangkan bermula minggu hadapan.

Permainan The Croods ini membawakan permainan berbentuk pengurusan lebih kurang menyerupai FarmVille. Namun, untuk memainkannya, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftarkan akaun Rovio, disamping menggunakan internet untuk memainkannya. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma hari ini.

Muat-Turun Aplikasi The Croods untuk Android


Muat-Turun Aplikasi The Croods untuk iOS


TIPS & ULASAN