Cari @ Amanz

Mempunyai pelayan (server) di Malaysia.New York Times dipetik oleh The Malaysian Insider hari ini, mengatakan Malaysia adalah diantara 25 buah negara yang menggunakan perisian berbentuk spyware dalam memerhatikan dan mengintip pengguna.

Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatakan tujuan utamanya adalah untuk menangkap penculik dan pengedar dadah, sekaligus mengurangkan kadar jenayah tempatan.

FinSpy dikatakan menyerang komputer dalam beberapa cara, termasuk kemaskini perisian palsu, atau memperlihatkan fail gambar palsu, dan sekiranya terpasang pada sesuatu komputer, maka pelbagai perkara boleh dipantau termasuk komunikasi melalui Skype, emel dan sebagainya.

Daripada apa yang diketahui, FinSpy mempunyai pelayan (server) mereka di Malaysia. Walaupun ia tidak menandakan Malaysia yang menggunakannya, namun memandangkan perisian ini hanya dijual kepada kerajaan dan pihak berkuasa sahaja menimbulkan pelbagai persoalan.

Berkemungkinan hanya pihak lain yang menyewa pelayan di Malaysia?Selain Malaysia, pelbagai negara lain turut dikatakan mempunyai pelayan “FinSpy”, dimana antaranya adalah termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, dan beberapa yang lain. Walaubagaimanapun, tiada sebarang petanda yang mengatakan kerajaan Malaysia menggunakannya sehingga kini. Memandangkan sesuatu pelayan itu boleh turut sama disewa secara komersial, maka berkemungkinan perkara ini turut tiada kena mengena dengan pihak kerajaan.

Dikemaskini dengan beberapa info tambahan – 11 malam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd