Cari @ Amanz

Samsung UNPACKEDGalaxy S4 bakal diumumkan pada pukul 7 pagi esok, tetapi pelbagai perkara mengenainya kedengaran satu demi satu. Terkini, beberapa video baru kelihatan di arena web, menunjukkan beberapa fungsi baru yang diperkatakan akan disertakan pada Galaxy S4 kelak.

Salah satu fungsi yang diperkatakan sebelum ini adalah SmartPause, dimana peranti mengesan sama ada anda melihat skrin ataupun tidak, dan mengawal apa yang sedang dipaparkan. Melalui video yang diperlihatkan, ia menunjukkan seorang pengguna memainkan video, dan apabila mengalihkan muka dari skrin, video tersebut dihentikan secara automatik.

Selain daripada itu, beberapa fungsi lain turut sama diperlihatkan, termasuk skrin kunci yang baru, selain sokongan floating touch pada peranti berkenaan.

Walaubagaimanapun, berkemungkinan ini adalah daripada peranti prototaip awal, dan mungkin versi akhirnya kelak adalah lebih baik dan mungkin menyertakan beberapa sokongan yang lain.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh pihak Samsung pada awal pagi esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd