Carian
Twitter Music Turut Dikatakan Akan Mengintegrasikan Video Daripada Vevo
March 14, 2013 Aman

TwitterLanjutan daripada laporan berkenaan Twitter Music pada awal pagi tadi, kini ia turut dikatakan yang mana aplikasi khas untuk iOS ini kelak akan turut sama mengintegrasikan video daripada Vevo, sekaligus membolehkan pengguna mendengar lagu dan menonton video muzik pada masa yang sama.

Twitter Music dilaporkan akan dilancarkan kelak pada bulan ini, terlebih dahulu kepada para pengguna iOS. Seperti pada namanya, ia dijangka akan memfokuskan kepada dunia muzik dan artis, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai perkembagan semasa artis dan lagu yang diminati mereka dengan mudah.

Ia dilaporkan SoundCloud dan juga iTunes akan diintegrasikan pada aplikasi tersebut, termasuk terkini dikatakan Vevo turut sama akan menyertainya.

Buat masa ini, Twitter masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi. Laporan berkenaan dengan Twitter Music ini juga sekaligus meletakkan Twitter selangkah ke hadapan dalam dunia media digital, dimana selain daripada laman sosial Twitter dan perkongsian gambar, mereka juga turut sama telah memperkenalkan aplikasi Vine yang memfokuskan kepada perkongsian video.

Komen