YouTube Capture Untuk iOS Dikemaskini – Turut Menyokong Tablet

YouTube Capture Untuk iOS Dikemaskini – Turut Menyokong Tablet

Diterbitkan pada Mac 15, 2013 oleh .

YouTube CaptureYouTube Capture telah diperkenalkan oleh Google khas untuk pengguna iOS, dalam merakamkan dan memuat-naik video dengan pantas terus ke YouTube. Hari ini, aplikasi tersebut menerima kemaskini, dimana kini turut menyokong iPad dan juga iPad Mini.

Menggunakan YouTube Capture ini, pengguna boleh merakamkan video menggunakan kamera pada peranti mereka, dan kemudiannya menambah lagu latar, membuat beberapa pengeditan asas, dan seterusnya memuat-naik terus ke laman YouTube.

Pengguna juga turut sama boleh berkongsi video mereka terus ke Facebook, Twitter dan Google+ menggunakannya.

Bagi pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi YouTube Capture ini terus daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Aplikasi YouTube Capture


TIPS & ULASAN