Samsung Memperkenalkan Galaxy S4 Secara Rasminya

Samsung Memperkenalkan Galaxy S4 Secara Rasminya

Diterbitkan pada Mac 15, 2013 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura dan desas-desus sebelum ini, hari ini, Samsung secara rasminya telah pun memperkenalkan peranti baru yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu Samsung Galaxy S4.

Samsung Galaxy S4

Samsung Galaxy S4 membawakan rekabentuk yang lebih kurang menyerupai Galaxy S3 sebelum ini, tetapi dikatakan oleh Samsung lebih nipis, ringan dan solid berbanding sebelum ini.

Samsung Galaxy S4

Seperti biasa, peranti ini akan didatangkan dengan sokongan 3G dan juga 4G LTE, selain menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, menjadikan ia membawakan skrin pada kadar ketumpatan 441PPI. Samsung juga turut sama kelihatan menyertakan sokongan IR, untuk memudahkan pengguna untuk mengawal televisyen dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan memori sebesar 2GB RAM, cip pemprosesan Samsung Exynos 5, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, ruangan storan 16GB (dengan pilihan 32GB dan 64GB), serta sokongan mikro-SD. Samsung Galaxy S4 turut sama menyertakan bateri berkapasiti 2600mAh.

Samsung mengatakan mereka komited terhadap inovasi, dan melalui Galaxy S4, mereka menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya.

Antara fungsi yang dikatakan Samsung adalah termasuk sokongan dwi-kamera, Samsung Smart Scroll, Samsung Smart Pause, Air View, S-Translator, Group Play, S-Health, dan beberapa yang lain. Untuk dwi-kamera, ia membawakan sokongan seumpama yang terdapat di Optimus G Pro, membolehkan pengguna merakamkan gambar menggunakan kamera belakang dan juga kamera hadapan pada peranti Galaxy S4. Ini sekaligus mengelakkan perakam gambar daripada terlepas menyertai memori-memori yang dirakamkan.

Peranti ini dijangka akan dijual bermula daripada penghujung April ini.


TIPS & ULASAN