Kamera Galaxy S4 Menyertakan Sokongan Dual Camera, Drama Shot Dan Eraser

Kamera Galaxy S4 Menyertakan Sokongan Dual Camera, Drama Shot Dan Eraser

Diterbitkan pada Mac 15, 2013 oleh .

Salah satu perkara yang sering menjadi masalah ketika merakamkan gambar adalah dimana tukang menangkap gambar terlepas daripada menyertai didalam memori yang dirakamkan. Untuk mengatasi perkara ini, Samsung menyertakan sokongan yang dinamakan sebagai Dual Camera.

Samsung Galaxy S4 - Kamera

Dual Camera ini menggunakan kamera hadapan dan juga kamera belakang pada masa yang sama, membolehkan pengguna merakamkan gambar yang ingin dirakamkan, dan juga gambar perakam pada masa yang sama, lebih kurang sama seperti fungsi yang terdapat pada LG Optimus G Pro.

Drama Shot membolehkan pengguna merakamkan lebih daripada 100 gambar pada masa yang sama, dan menyertakan semua rakaman gerakan pada satu gambar. Perkara ini sekaligus membolehkan ia sesuai untuk digunakan untuk merakamkan aksi bergerak dengan lebih menarik lagi.

Eraser pula membolehkan pengguna memfokuskan kepada apa yang ingin dirakamkan sahaja, dan memadamkan objek-objek yang tidak diingini pada sesuatu gambar.

Samsung Galaxy S4 membawakan kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 2 megapixel bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN