Carian
S-Translator Membolehkan Pengguna Terjemah Teks Dan Suara Dalam 9 Bahasa Pilihan
March 15, 2013 Aman

Peranti Android sedia terkenal dengan sokongan Google Translate. Tetapi, melalui Galaxy S4, Samsung menambahkan salah satu fungsi baru yang dinamakan sebagai S-Translator, yang mana seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada terjemahan bahasa.

Samsung Galaxy S4 - S-Translator

Dengan lebih ramai yang merantau dari hari ke hari, S-Translator dikatakan akan memudahkan para pengguna berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. S-Translator menyokong 9 bahasa ketika pelancaran, termasuk Bahasa Cina, Jepun dan juga Korea.

S-Translator membolehkan pengguna menterjemah teks dan juga suara, seperti kebanyakkan aplikasi yang lain. Tetapi dengan sokongan lebih banyak bahasa di sekitar Asia, semestinya ramai lebih menyukainya, dan memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain.

Komen