Samsung Galaxy S4 Didatangkan Bersama-sama Samsung Knox

Samsung Galaxy S4 Didatangkan Bersama-sama Samsung Knox

Diterbitkan pada Mac 15, 2013 oleh .

Setelah memperkenalkan Samsung Knox pada MWC 2013 yang lepas, hari ini Samsung mengumumkan Galaxy S4 akan menjadi peranti pertama yang didatangkan bersama-sama Samsung Knox, sekaligus memudahkan pengguna mengasingkan penggunaan peranti mereka untuk tugasan kerja dan juga peribadi.

Samsung Knox

Dengan lebih ramai yang menggunakan peranti yang sama untuk tujuan kerja dan juga peribadi, melalui Samsung Knox, ia memudahkan pengguna menguruskannya, sekaligus mengasingkan pelbagai perkara, termasuk galeri gambar dan sebagainya antara satu sama lain, pada peranti yang sama.

Samsung Knox turut sama memfokuskan kepada keselamatan data dan juga sekuriti, membolehkan data pengguna pada peranti berkenaan lebih selamat berbanding peranti lain.

Fungsi ini juga menjadi titik-tolak Samsung dalam lebih memfokuskan penggunaan peranti mereka dikalangan pengguna korporat dan perusahaan, sekaligus mencabar BlackBerry yang terkenal untuknya.


TIPS & ULASAN