Samsung Galaxy S4 Bakal Dijual Dipelbagai Pasaran Utama Bermula April 2013

Samsung Galaxy S4 Bakal Dijual Dipelbagai Pasaran Utama Bermula April 2013

Diterbitkan pada Mac 15, 2013 oleh .

Adakah anda akan mendapatkannya?Dengan pelancaran dan pengumuman Galaxy S4 pada hari ini, semestinya ramai yang menantikan bilakah peranti ini akan mula dijual. Daripada apa yang dikongsikan pihak Samsung, ia akan dijual dikebanyakkan pasaran utama bermula penghujung April 2013 ini.

Samsung Galaxy S4

Samsung mensasarkan untuk menjual peranti terbaru mereka ini pada masa yang serentak dikebanyakkan negara seluruh dunia.

Jikalau dilihat sebelum ini, ketika pelancaran Galaxy S3, Malaysia merupakan antara negara yang terawal menerima peranti berkenaan. Perkara ini boleh dikatakan kerana angka pengguna peranti Samsung di Malaysia yang tinggi, dan sekiranya trend tersebut kekal, mungkin kita akan dapat melihat peranti berkenaan di Malaysia pada penghujung April atau awal Mei ini.


TIPS & ULASAN